Halooo....
Di sebabkan minggu ni nis terover rajin, so korang boleh baca entry Nis hari-hari.
Minggu ni je dah banyak entry.
Minggu ni je dah banyak entry.
Kenapa? sebab 'Sukahati aku lah kan, blog aku!' hahaha ...
ok... Hari ini hari Jumaat kan, so Nis nak kongsi sikit skincare ape yang nis pakai sekarang ni.
Bila dah berUSIA ni, kulit nis dah tak boleh nak pakai produk Safi Balqis lagi.
Sedey gileerrr sebab kena tinggalkan skincare kesayangan.
Dulu masa zaman belajar (masa kat U), Nis pakai full set produk Safi Balqis
Memang seswai dengan kulit Nis. Jerawat pun malu-malu nak singgah. Muka tak kusam. Muka pun jadi manis je.. uweekkkk....uweekkkk.... sila lah muntah kalau rasa ayat memuji diri sendiri ini menggelikan paru-paru anda. kahkahkah
STOP2!
sowie.. kalau dah start berceloteh memang over sikit. hahaha
Sekarang ni, Nis guna skincare from MARY KAY.
Almost 2 months Nis pakai produk ni.
Masa mula-mula pakai tu, tak selesa sangat sebab muka jadi berminyak.
Masa tu dah risau dah.
Tak seswai dengan muka aku ke??
Tak bagus ke produk ni??
Salah pilih set ke??
amekaww! banyak giler soklan yang menari-nari dalam otak nis ni..
Rupa-rupanya Nis silap. Mula-mula pakai memang camtu sebab produk baru nak manja-manja dengan kulit.
Now, Nis dah jatuh cinta dengan produk ni. Muka jadi halus. Jerawat takot sikit nak tumbuh. Muka nampak cam glowing-glowing sikit bila dah lama-lama pakai. Syukur alhamdulillah. Tak membazir duet Nis melabur beli produk ni. hehehe...*tak payah make up tebal-tebal dah :)
Mary Kay® Botanical Effects™ Skin Care Set 2
dari kiri : cleanser 3 in 1, toner, hydrate & mask
Nis paling suka Mask & hydrate. Auww... jatuh cinta okies!
Pencuci muka Nis guna hujung minggu je time nak pakai mask sebab sayang kot. hahaha..
Kita kene Jimat dan cermat. lalalala
*produk ni boleh tahan 4 bulan ++ kalau korang pandai berjimat cermat :)
Jom beramai-ramai cuba produk ni oke.. memang superb!!



No comments:
Post a Comment