Pages

Background

Tuesday, 26 June 2012

Apa ada dalam beg AJAIB saya ?

Minggu ni, Nis akan review mengenai Barang-barang penjagaan diri, kesihatan dan kecantikan okies.
Jadi, sila jangan termuntah darah pula setelah membaca entry-entry Nis ni. hehehe

Tara... !!! Ni la barang-barang yang Nis akan bawa pegi opis hari-hari kecuali hari malas.kuikuikui



Di sebelah kiri hujung sekali itu adalah cosmoderm sunscreen. Alaaa... yang kaler kuning tu la.. lebih kurang mcm foundation. Memang superb. ada spf 35 gitew... i loike!! ada vitamin E, Anti oxidant, Anti aging & HALAL. Boleh beli dekat guardian tau. tak pun klik sini --- > SINI . Kalau nak foundation yang lebih padat. Korang boleh gunakan ini--- >SINI

Botol kurus kaler silver tapi bontot besar itu adalah liquid eyeliner brand SilkyGirl. Nis baru je pakai ni, sebelum ni pakai eyeliner pusing-pusing yang beli kat avon je. Kalau nak pakai liquid pun, Nis beli kat kedai area Central Market hanya RM5 sahaja. hahahah. Jimat dan cermat. cewaaahhhh...!

Botol kuning berbadan sedang-sedang itu adalah maskara from Maybelline. Dah lama pakai tapi tak habis-habis kerana mendapat tuan yang sangat pemalas nak pakai maskara. lalalala

Yang mempunyai kepala hitam dan berbadan merah kurus-kurus itu adalah lip gloss from revlon. Hanya pakai sekali sekala sahaja kerana tidak mahu bibir terlampau mungil nanti ramai jeles.. wakakaka

Si pendek hitam itu adalah lipstik peberet Nis. Lipstik from Lancome. Review lipstik ni boleh tekan ---> SINI

Gergasi berkaler puteh dan berbadan tompok-tompok hijau itu adalah pencuci muka khas yang digunakan dan diterbangkan dari rumah ke opis. Ianya adalah Tea Tree Oil Facial Cleanser from Cosmoderm. Memang best pakai pencuci muka ni. Boleh kurangkan jerawat. Muka bersih suci dan murni. Vitamin E pun ada dan yang paling penting ianya HALAL . 

Kaler pink dan mempunyai berus comel itu adalah blusher from SilkyGirl. Sebelum ni pakai brand lain. Disebabkan kekangan duet melanda maka saya memilih brand ini kerana harganya tidak terlalu mahal :)

Kaler puteh bersinar-sinar tu adalah compact powder 2 way cake from pixy  . Bedak ni dah lama nis pakai.. Memang best sebab boleh tutup cela even tak pakai foundation. Boleh juga gunakan span basah if nak buat as foundation.


Dah abis dah Nis membebel. Ni je barang asas yang nis akan guna hari-hari. *bergantung pada mood. hehehe.Kadang-kadang pergi opis hanya memakai bedak pixy sahaja. hahaha.
 Barang-barang lain Nis akan review nanti oke :)

Daaa....








1 comment:

naarniaa said...

suka cosmoderm sunscreen tu..^___^