Pages

Background

Wednesday, 30 May 2012

Diet untuk Golongan Darah B

Orang perempuan ni kalau berat badan berlebihan sikit konferm-konferm risau. Jadi tak tentu hala hidup ni. Tapi Nis tak risau pun masa awal-awal berat naik. Bukan sikit-sikit tau naiknya, 7kg. hahahaha. Semua ni start bila dah abis belajar dan mula bekerja. Hari-hari makan tanpa henti. Tu yang badan naik mendadak. Tak sampai setahun berat da naik 7kg.. 


Tapi sekarang ni dah start RISAU!! takotnya. Nak KURUS balik... tak nak GEMOK dah!!

Nis pun laju-laju search kat internet. Akhirnya, jumpa juga Rahsia Diet Mengikut Darah. Nis darah B..Korang Darah apa? Sorry tau, Entry kali ni, Nis post Rahsia Diet bagi orang-orang yang mempunyai Darah B sahaja :)

Jom baca :)


Diet Untuk Golongan Darah 'B'
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Selamat Mencuba Sayang-sayang semua :)
Cara Diet ni Nis copy dari ILuvIslam <---- Klik link ni untuk mendapatkan lebih banyak info :)




7 comments:

pet said...

bleh diet la pasni pet :D

Anis Natasha said...

@~~oOpEt~~ boley2! jom diet :)

EmeLiena said...

Waalaikumussalam. wahh2, thanks for the infoo. tapi.. kita darah AB. hewhew ;p

H A N said...

aiyo...ketam tu yg kena kurangkan...
kalau saya darah B memang susah nak comply ni, hahaha...

Anis Natasha said...

@emeliena upss.. Darah AB? nnti kite buat diet tok darah AB ea :)

Anis Natasha said...

@Hanih Borhan heheh.. awak darah ape?

No name said...

owh ada ikut darah ek? 1st time dgr. Ptut lar ada setengah orang tak jalan dengan diet tertentu.